^^ Ransang anak rajin belajar ^^

Harapan kita sebagai ibu bapa memanglah menggunung tinggi terhadap anak-anak..kekadang kita juga lupa bahawa mereka masih kecil lagi.Tahap kognitif dan keupayaan mereka terbatas.Sebab tu kita x boleh nak bagi expectation yang tinggi takut kita kecewa ... namun ,kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab..memang perlu berusaha tanpa putus asa demi kejayaan anak-anak.

Di sini ingin saya kongsikan satu artikel yang saya jumpa dari google untuk meransang anak-anak belajar. 
Sharing is caring!!!!!

RANGSANG ANAK RAJIN BELAJAR



SOALAN yang sering ditanya kepada saya ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar?

Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengula-ngkaji pelajaran.
Namun, melahirkan anak yang bersikap begitu adalah sukar. Yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah. 
Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan malah bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu berputik dan menjadi tabiat mereka.

Berikut beberapa perkara yang perlu kita lakukan: 

1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya. Sebagai ibu bapa, keperluan anak seperti buku tulis, buku tambahan, soalan-soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensil dan pemadam perlu diperhati dan disediakan. 

Bagi kita, beg yang koyak atau baju yang hilang butang hanya perkara remeh tetapi bagi sesetengah anak, ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan. Oleh itu, sentiasa semak keperluan belajar anak dan pastikan lengkap. 

2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Kenapa perlu? Sebab apa-bila semak, kita tahu selama ini anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau tidak. Mungkin ada surat-surat penting dari pihak sekolah kepada kita. 

Ada kalanya kita menemui sesuatu yang tidak disangka seperti pemetik api, rokok dan bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita memastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajaran. 

3. Sentiasa meletak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa yang memandang rendah kebolehan anak-anak mereka. 

Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah. 

Malah, ada yang merasakan anak mereka bukan boleh cemerlang pun dalam pelajaran. 

Sikap ibu bapa inilah yang merugikan anak-anak. Anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka. 

Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. 

Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar. 


4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain dan rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. 

Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding peraturan yang datang sepenuhnya dari ibu bapa


5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan yang baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. 

Ibu bapa perlu bijak memikirkan apakah bentuk ganjaran yang disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. 

Ganjaran mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan seperti ibu bapa mungkin berkata, “jika adik dapat nombor satu, ibu akan belikan adik basikal baru”. 

Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas. Kena pula 
sememangnya anak kita sudah lama meminta kita belikan basikal baru, maka ganjaran pasti menaikkan kemahuannya belajar. 


Sebaliknya apabila ibu bapa berkata, “Jika adik dapat nombor satu, ibu akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan,” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan tidak mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkan. 


6. Cari peluang memuji anak. Cuba kita menjadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikannya, pasti ada banyak peluang kita memuji secara positif. 

Puji anak ketika dia melakukan sesuatu yang betul. Puji juga anak apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaiannya. 

Dengan memuji, anak tahu apa yang kita suka dan berusaha mengulangi tingkah laku atau perbuatan itu di masa depan. 

Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulangkaji tanpa perlu diberitahu maka pujilah dia. 


7. Masukkan dia ke program motivasi. Pengalaman penulis selama 16 tahun menjalankan program motivasi mendapati ramai anak-anak yang memerlukan dorongan pihak ketiga untuk bersemangat belajar. 

Ada ketikanya mereka mahu belajar tetapi tidak tahu cara, tidak tahu di mana mahu bermula, merasakan terlalu banyak yang perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk. 

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Dunia Anak-anakku... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.