" Selamat Hari Lahir Suamiku Sayang "


Tatkala esok Mendatang..
Tarikh keramat 03/04/2014..
bermulalah episod baru dalam kamus hidupmu
Ku bermunajad pada sang khalik..
Memanjatkan doa dan harapan..
Atas segala kebahagiaanmu..
Agar diberi rezeki yang melimpah..dan
Keberhasilan segala cita dan harapanmu..

Waktu berjalan tiada henti dan begitu pantas berlari
mengiringi rembulan dan juga mentari
yang terbit dan tenggelam setiap hari
mengiringi usiamu yang terus bertambah dari hari ke hari
hingga saat ini…..

" Selamat Hari Lahir Suamiku Sayang  "

Maafkan aku, kerana aku tak mampu untuk menjadi isteri yang sempurna di mata kamu. ..Aku adalah aku , seperti kali pertama kau mengenaliku.. Maafkan atas segala kelemahan dan kekurangan diri ini. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca benak fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhan jiwaku… Cintailah aku dengan setulus hatiku..

Walaupun di hari bahagiamu…kita tidak dapat raikan bersama dengan anak-anak kesayangan kita…Itu tidak bermakna aku lupakanmu  kerana setiap detik dan degup jantungku adalah bersamamu.. ku tidak mampu menongkah suratan takdir hidup kita..Cuma ku pasrah dengan ketentuan..kerana ku tahu Allah takkan menguji  hambanya melainkan ada rahmat di sebaliknya…Hanya doa yang mampu mengiringi hidup kita agar kita tetap seperti dulu..sentiasa bersama di saat susah dan senang..

Ya Allah ..Jadikan lah insan kesayangan hamba ini sebagai seorang insan yang mampu menjadikan tiap detik umurnya nafas-nafas perjuangan, panjangkanlah umurnya, limpahkan rahmat mu ke atas dirinya. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk dirinya.. Sesungguhnya hanya engkau maha mengetahui. Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti …Berikanlah dia kekuatan ..menolak bayanganku jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..Agar dia sentiasa tenang..
Walau tanpa aku bersamanya.. :’)

Yang merindui dari Kejauhan,

Shidah

Aduhai Sabarlah hati...

ohh...rasa macam sedih pun ada...macam macam perasaan bercampur baur..Namun ku gagahi juga semangat untuk ku teruskan hidupku untuk berkhidmat dalam mendidik anak bangsa...Anak-anak jauh ku tinggalkan di bumi Terengganu bersama ibuku ..x taulah knapa..susah aku nak cakap..bila dah berjauhan ni macam2 lah yang sering mnerjah minda dan perasaan ku...naluri seorang ibu..sangat kasihkan anak2 terutamanya yang sedang membesar..jika dulu aku pantau segala perkembangan mereka..tetapi sekrg masa yang ada hanyalah sewaktu cuti sekolah..anak-anak pula sangat dahagakan kasih sayang seorang ibu..menitis air mataku apabila mereka tidur..si bongsu pula asyik nak memeluk umminya seolah-olah tak mahu melepaskannya...dia cakap Ummi pergi terlalu lama...aduhai...x boleh nak cakap apa dah..aku pasrah..cuma aku selalu memohon pertolongan dari Allah agar melindungi anak-anakku dan suamiku serta keluargaku . 


Inilah wajah anak-anak kesayanganku..Muhammad Afif Ilman dan Mirza Hilmi...Aku selalu menitis air mata apabila melihat gambar-gambar mereka. Aku sangat menghargai masa yang ada bersama keluarga....Allah saja yang tau betapa rindunya aku kepada mereka...tapi aku kuatkan semangat...tabahkan jua hati dan perasaan ku ini...aku bersyukur apabila aku kenangkan nasib yang menimpa rakan-rakan seperjuanganku yang lebih malang dariku.Aku sangat beruntung mempunyai keluarga yang cukup memahami..suami yang sangat baik dan selalu menyokongku..



Ni sebahagian gambar yang dapat kurakamkan sewaktu cuti baru-baru ni.walaupun skjap,sempat kami ke Cameron Highlands untuk memberi kredit kpd anak-anak jalan-jalan sambil menikmati strawberi segar..hari-hari yang berlalu kami isi dan engan aktiviti yg menyeronokkan..balik kampung..mandi sungai..makan yang best-best.walaupun penat..asalkan ank-anak gembira itu sudah cukup bagi ku dan suami...

:: Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak ::



Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah.


Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak.

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.

^^ Ransang anak rajin belajar ^^

Harapan kita sebagai ibu bapa memanglah menggunung tinggi terhadap anak-anak..kekadang kita juga lupa bahawa mereka masih kecil lagi.Tahap kognitif dan keupayaan mereka terbatas.Sebab tu kita x boleh nak bagi expectation yang tinggi takut kita kecewa ... namun ,kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab..memang perlu berusaha tanpa putus asa demi kejayaan anak-anak.

Di sini ingin saya kongsikan satu artikel yang saya jumpa dari google untuk meransang anak-anak belajar. 
Sharing is caring!!!!!

RANGSANG ANAK RAJIN BELAJAR



SOALAN yang sering ditanya kepada saya ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar?

Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengula-ngkaji pelajaran.
Namun, melahirkan anak yang bersikap begitu adalah sukar. Yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah. 
Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan malah bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu berputik dan menjadi tabiat mereka.

Berikut beberapa perkara yang perlu kita lakukan: 

1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya. Sebagai ibu bapa, keperluan anak seperti buku tulis, buku tambahan, soalan-soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensil dan pemadam perlu diperhati dan disediakan. 

Bagi kita, beg yang koyak atau baju yang hilang butang hanya perkara remeh tetapi bagi sesetengah anak, ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan. Oleh itu, sentiasa semak keperluan belajar anak dan pastikan lengkap. 

2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Kenapa perlu? Sebab apa-bila semak, kita tahu selama ini anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau tidak. Mungkin ada surat-surat penting dari pihak sekolah kepada kita. 

Ada kalanya kita menemui sesuatu yang tidak disangka seperti pemetik api, rokok dan bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita memastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajaran. 

3. Sentiasa meletak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa yang memandang rendah kebolehan anak-anak mereka. 

Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah. 

Malah, ada yang merasakan anak mereka bukan boleh cemerlang pun dalam pelajaran. 

Sikap ibu bapa inilah yang merugikan anak-anak. Anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka. 

Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. 

Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar. 


4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain dan rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. 

Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding peraturan yang datang sepenuhnya dari ibu bapa


5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan yang baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. 

Ibu bapa perlu bijak memikirkan apakah bentuk ganjaran yang disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. 

Ganjaran mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan seperti ibu bapa mungkin berkata, “jika adik dapat nombor satu, ibu akan belikan adik basikal baru”. 

Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas. Kena pula 
sememangnya anak kita sudah lama meminta kita belikan basikal baru, maka ganjaran pasti menaikkan kemahuannya belajar. 


Sebaliknya apabila ibu bapa berkata, “Jika adik dapat nombor satu, ibu akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan,” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan tidak mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkan. 


6. Cari peluang memuji anak. Cuba kita menjadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikannya, pasti ada banyak peluang kita memuji secara positif. 

Puji anak ketika dia melakukan sesuatu yang betul. Puji juga anak apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaiannya. 

Dengan memuji, anak tahu apa yang kita suka dan berusaha mengulangi tingkah laku atau perbuatan itu di masa depan. 

Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulangkaji tanpa perlu diberitahu maka pujilah dia. 


7. Masukkan dia ke program motivasi. Pengalaman penulis selama 16 tahun menjalankan program motivasi mendapati ramai anak-anak yang memerlukan dorongan pihak ketiga untuk bersemangat belajar. 

Ada ketikanya mereka mahu belajar tetapi tidak tahu cara, tidak tahu di mana mahu bermula, merasakan terlalu banyak yang perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk. 

Bermacam-macam ragam anak!

Setelah bergelar ibu,apa ang perlu dihadapi adalah pelbagai ragam yang ditonjolkan oleh anak-anak.Kekadang naik pusing bila memikirkannya...Macamana nak penuhi segala macam 'request" anak-anak...ada yang x masuk dek akal pn ada..Rupanya begitulah ragam kita yang memeningkan ibu kita sewaktu kita kecil.


Inilah 2 hero yang selalu menghiburkan hatiku.

Maksud Mirza Hilmi


Mirza Hilmi

HilmiKesopananku, kesabaranku
MirzaAnak yang baik

MIRZA HILMI
MMesra
IIkhlas
RRamah
ZZuhud
AAmanah
HHarum
IIdealistik
LLemah-lembut
MMenawan
IIntuitif


AFIF ILMAN

AfifPunya harga diri
IlmanBerilmu
AFIF ILMAN
AAmanah
FFleksibel
IIkhlas
FFleksibel
IIdealistik
LLemah-lembut
MMesra
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?

Farhana Adibah

AdibahBerpengetahuan, beradab
FarhanaRiang gembira, senang
FARHANA ADIBAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
AAsli
DDinamik
IIkhlas
BBijaksana
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Anugerah yang tidak ternilai

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Dunia Anak-anakku... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.