Tatkala esok Mendatang..
Tarikh keramat 03/04/2014..
bermulalah episod baru dalam kamus hidupmu
Ku bermunajad pada sang khalik..
Memanjatkan doa dan harapan..
Atas segala kebahagiaanmu..
Agar diberi rezeki yang melimpah..dan
Keberhasilan segala cita dan harapanmu..
Waktu berjalan tiada henti dan begitu pantas berlari
mengiringi rembulan dan juga mentari
yang terbit dan tenggelam setiap hari
mengiringi usiamu yang terus bertambah dari hari ke hari
hingga saat ini…..
" Selamat Hari Lahir Suamiku Sayang "
Maafkan aku, kerana aku tak mampu untuk menjadi isteri yang sempurna di
mata kamu. ..Aku adalah aku , seperti kali pertama kau mengenaliku.. Maafkan
atas segala kelemahan dan kekurangan diri ini. Andai kau dapat melihat
hatiku ..Andai saja kau dapat membaca benak fikiranku… Betapa ruang jiwaku
penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhan
jiwaku… Cintailah aku dengan setulus hatiku..
Walaupun di hari bahagiamu…kita tidak dapat raikan bersama dengan anak-anak
kesayangan kita…Itu tidak bermakna aku lupakanmu kerana setiap detik dan degup jantungku adalah
bersamamu.. ku tidak mampu menongkah suratan takdir hidup kita..Cuma ku pasrah
dengan ketentuan..kerana ku tahu Allah takkan menguji hambanya melainkan ada rahmat di sebaliknya…Hanya
doa yang mampu mengiringi hidup kita agar kita tetap seperti dulu..sentiasa
bersama di saat susah dan senang..
Ya Allah ..Jadikan lah insan kesayangan hamba
ini sebagai seorang insan yang mampu menjadikan tiap detik umurnya nafas-nafas
perjuangan, panjangkanlah umurnya, limpahkan rahmat mu ke atas dirinya.
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk
dirinya.. Sesungguhnya hanya engkau maha mengetahui. Ya Allah ya tuhanku yang
maha mengerti …Berikanlah dia kekuatan ..menolak bayanganku jauh ke dada
langit..
Hilang bersama senja nan merah..Agar dia sentiasa tenang..
Walau tanpa aku bersamanya.. :’)
Yang merindui dari Kejauhan,
Shidah
0 comments:
Post a Comment